Sakura Matō
Sakura Matō

Sakura Matō

Sakura Matō (間桐 桜, Matō Sakura) merupakan watak fiksyen daripada sebuah novel visual Jepun dan siri anime Fate/stay night oleh TYPE-MOON. Tarikh lahirnya ialah pada 2 Mac dan dia mempunyai darah jenis O. Semasa kisah Fate/Zero berlangsung, ketinggiannya ialah 120 cm, manakala beratnya pula ialah 25 kg. Sepuluh tahun kemudian, Sakura telah membesar setinggi 156 cm dan mempunyai berat 46 kg, dan ukuran tiga saiznya ialah B85/W56/H87.Sakura merupakan seorang pelajar tahun pertama di sebuah sekolah menengah, dan merupakan adik kepada Shinji Matō. Selepas ayah Shirō, Kiritsugu Emiya, meninggal dunia, Sakura seringkali menziarahi Shirō untuk membantunya dengan kerja-kerja rumah. Dia bersifat segan, pemalu dan lemah-lembut, tetapi mempunyai ketabahan hati yang cukup kuat. Sakura memendam perasaan cinta yang mendalam terhadap Shirō Emiya. Seiyu watak Sakura ialah Noriko Shitaya dan alihan suara bahasa Inggeris dilakukan oleh Sherry Lynn.[1]